Kepercayaan Karaite Agama_Yahudi_Karaite

Kelompok Karaite percaya bahawa mereka mengamalkan agama Yahudi dalam bentuk yang asal sebagaimana yang ditetapkan dalam Tanakh, dan menolak apa yang dianggap mereka sebagai tambahan-tambahan terkemudian ke dalam Tanakh agama Yahudi Rabbi seperti Undang-undang Lisan. Mereka meletakkan tanggungjawab mutlak dalam mentafsirkan Bible ke atas setiap individu. Fahaman Karaisme tidak menolak tafsiran Bible namun lebih kepada berpegang bahawa setiap tafsiran adalah terpulang kepada penelitian objektif yang sama tanpa mengira sumbernya.

Berkaitan